Review: CHT Sabun Cuka Buluh Berpudina

Sabun Ajaib! Aku tergelak bila dengar nama sabun ni sabun ajaib sebenarnya tapi aku pun cuba jugak lah.  Sabun Ajaib ni jugak dikenali sebagai CHT Sabun Cuka Buluh Berpudina.

CHT Sabun Cuka Buluh Berpudina
Sabun Ajaib CHT ni berwarna hijau. Tapi buih dia putih je tak ada warna hijau. So, jangan risau. Bau dia ala-ala macam gula-gula Hacks. Kalau korang tak tahu apa itu gula-gula Hacks, boleh Google je. 

Secara jujurnya, kemungkinan ada orang yang tak suka bau dia sebab laki aku tak suka. Dia kata ada bau kelapa dara. Meh, bau kelapa dara sedap apa. Tapi dalam sabun ni tak ada pun kelapa dara muda. Pelik jugak aku laki aku ni.

Pertama kali aku pakai sabun ni, waktu tu tengah berpeluh habis sebab satu hari duduk jaga baby, kemas rumah, masak semua tambah lagi rumah aku jenis rumah yang panas. Memang berpeluh, panas dan tak selesa. Tapi, bila aku sapu kan sabun CHT ni, lama sikit tu aku rasa badan aku sejuk macam kena pudina. Aku rasa selesa gila. Bila bilas tu, lagi rasa selesa dan sejuk. Memang sesuai sangat pakai Sabun Cuka Buluh Berpudina waktu-waktu musim panas sekarang ni.

CHT Sabun Cuka Buluh Berpudina
Kalau korang nak tahu, kandungan dalam Sabun Cuka Bulu Berpudina ni cuma menggunakan bahan-bahan semula jadi:
  • Cuka buluh
  • Pudina
  • Base sabun minyak zaitun

Sabun Ajaib CHT Rumusan Terbaik Untuk Pelbagai Masalah Kulit

Sabun Ajaib ni boleh digunakan untuk mengatasi masalah:
  • Jerawat
  • Pigmentasi
  • Bincul hitam
  • Pemutihan kulit
  • Liang roma tersumbat
  • Keseimbangan minyak kulit
  • Bau badan
  • Kegatalan badan
  • Kelemumur

Aish serius banyak kalau nak taip satu-satu. Korang baca dekat dalam gambar kat bawah ni je lah okay?

CHT Sabun Ajaib

Cara Penggunaan Sabun Ajaib CHT 

1. Buihkan sabun dan sapu pada badan/muka/rambut. Tunggu 2 minit lepas tu baru bilas
2. Kalau kulit/rambut/muka masih berminyak, ulang balik langkah 1
3. Kalau kulit lebih bermasalah dan berpenyakit, sapu sabun lepas tu terus bilas. Kemudian buihkan sabun, tunggu 1 atau 2 minit lepas tu baru bilas.

CHT Sabun Ajaib
Ini penting untuk korang tahu. Lepas bukak saja plastik sabun ni, korang kena guna dalam masa 1 bulan. Kalau rasa-rasa macam tak boleh nak habiskan satu bulan, pastikan korang simpan sabun ni dalam bekas yang tak kena air dan kedap udara.

Waktu aku guna sabun yang pertama tu, aku malas. So, aku biar je sabun tu dekat atas sinki. Habis kena air. Biasalah kalau sabun kena air dia jadi macam lembik-lembik gitu. Habis hilang bau dan rasa sejuk pudina dia pun dah hilang. Buih sabun dia pun hilang sekali. Rugiiii. Jadi, kalau korang pakai CHT Sabun Ajaib ni, jangan sekali-kali simpan sabun ni di tempat yang mudah kena air. 

Sabun Ajaib
Sebuku sabun ni aku pakai mandi pagi dan malam untuk badan saja, boleh bertahan sampai 2 minggu. Satu buku sabun ni berharga RM19.90. Oh, aku ada cakap sabun ni hand-made? So, that's why lah mahal sikit. Plus kelebihan dia berganda-ganda kot. 

Sabun Ajaib
Oh oh, first time kalau korang guna sabun ajaib ni, kemungkinan akan gatal sikit. Sebab badan nak buang toksin. Kalau rasa gatal lepas first time guna, cuba korang mandi sekali lagi guna sabun ni. InsyaAllah okay. Kalau gatal jugak, jangan guna dah. Aku pakai first time tak hal pun. Tak ada gatal apa.

Aku dah pakai 2 ketul sabun ni. Disebabkan kulit aku tak ada masalah - tak ada kulit berminyak, tak ada jerawat, tak minat nak putihkan kulit, tak ada kelemumur, tak ada bekas jerawat etc. aku tak adalah testimoni nak tunjuk pada korang gambar sebelum dan selepas kan. Tapi, aku rekemen sangat sabun ni sebab bila mandi, korang akan rasa segar gila-gila sebab ada pudina tu. Korang akan rasa macam minty sikit.

Giveaway Sabun Ajaib
Aku ada 3 ketul lagi CHT Sabun Ajaib ni. Disebabkan aku tak ada masalah apa-apa, aku rasa aku nak bagi dekat korang-korang yang baca entri ni. Mungkin korang ada masalah kulit atau rambut dan perlukan sabun ni lebih daripada aku kan. 

Korang boleh dapatkan Sabun Ajaib ni dekat laman web CHT atau Facebook CHT.


Post a Comment

0 Comments