Cara Jimat Shopping Online Dengan iPrice

Lepas bersalin baru-baru ni aku rasa aku dah ketagih window shopping dan membeli belah secara online pulak. Ye lah, nak bershopping dekat mall memang aku tak larat dah nak berjalan jauh-jauh masa dalam pantang ni.  Sekarang ni aku tengah gila shopping pakaian-pakaian wanita, selendang, barang baby dan barang dapur. Perempuan sangat kan.
Biasanya aku akan semak harga dekat satu demi satu website jualan online sebab aku nak cari harga yang termurah dengan kualiti yang terbaik. Tapi nak ber 'online shopping' dari satu laman web ke laman web tu memang ambil masa sangat-sangat. Aku ni pulak sibuk nak menyusukan baby, bersihkan baby dan berpantang semua, jadi masa sangat terhad. Jadi aku lebih selesa menggunakan laman web iPrice.

iPrice
 

Apa Itu iPrice?

iPrice ni adalah satu laman web yang mana kita boleh mancari pelbagai barang yang kita nak tanpa perlu pergi ke semua online shop. Yang lebih seronok tentang iPrice ni, banyak kupon, diskaun, kod voucher dan tawaran TERBARU daripada online shop seperti Zalora, Lazada, Bebe dan Groupon yang kita boleh cari tanpa pergi ke laman web diaorang. Tak payah susah-susah cari setiap laman web untuk bandingkan harga. Senang kan?


iPrice Stores
 

Senarai Laman Web Online Shopping Yang Berkolaborasi Dengan iPrice

  • Zalora
  • Lazada
  • Reebonz
  • Gropon
  • StyleTribute
  • FoodPanda
  • SheInside
  • JackCow
  • GoDaddy
  • Value Basket
  • Bebe
  • Expedia
  • Romwe
  • Carama 
  • Jacob Time 


iPrice Kategori

Jenis Barangan Yang Ditawarkan Di iPrice

  • Barang Elekronik
  • Pakaian 
  • Kasut 
  • Beg
  • Jam
  • Barang Kemas
  • Barang Kanak-kanak Dan Barang Mainan
  • Barang Sukan Dan Aktiviti Luar
  • Barang Rumah Dan Dapur
  • Barang Kecantikan Dan Kesihatan
  • Media Dan Buku
  • Barang Automotif
 
Serius website iPrice ni memang menjimatkan masa aku shopping online. Aku dah tak payah nak check website shopping online yang berbeza satu demi satu dan tak payah nak bandingkan harga setiap barang dekat setiap laman web shopping online tu. Semua dah ada dekat iPrice. Nak bandingkan harga pun lebih mudah. Kalau korang nak tengok dan nak tau lebih lanjut pasal iPrice ni, korang boleh usha laman web dan Facebook dieorang. 


OK bai, aku nak pergi online shopping dekat iPrice. Aku tengok dekat laman web iPrice tadi baby stroller brand Sweet Heart Cherry ada sale gila kaw kaw ni. Hehehhe. Kan dah jimat masa aku. :D




Post a Comment

2 Comments