Hantar Novel Tulisan Anda Ke Ilham Grup Buku Karangkraf

Update. Saya tulis entri Hantar Novel Tulisan Anda Ke Ilham Grup Buku Karangkraf pada tahun 2014. 

Sekarang Ilham Grup Buku Karangkraf dah tukar nama kepada Portal Ilham.

hantar manuskrip novel

Masa saya sekolah menengah dulu, ada seorang senior perempuan, nama dia Meme. 

Meme ini gengster perangainya, otai lah kiranya. Tapi dalam hati ada taman. 

Dia ada tulis novel masa dekat sekolah. Tajuk novel dia Karambunai.  

Lepas saya tahu dia ada tulis novel, saya minta nak baca novel yang dia tulis. 

Dalam hati saya pun ada taman tahu? Hahahaha.

Saya bukanlah kaki baca novel pun masa sekolah. Tak macho kot. 

Tapi bila saya baca novel Meme tulis, saya rasa bagus betul dia olah jalan cerita. 

Saya baca sampai habis novel die buat. Kalau novel dia bagi dekat penerbit mana-mana, mesti laku. 

Tapi, waktu itu mana reti nak bagi dekat siapa-siapa kan. 

Kalau lah Ilham Portal wujud waktu sekolah dulu, dah lama saya suruh Meme hantar novel dia dekat situ.

Portal Ilham - Hantar Manuskrip Novel Dan Baca Novel

Korang pun kalau ada tulis cerita dan tak tahu nak buat apa dengan hasil kerja korang tu, boleh hantar manuskrip novel ke Ilham Portal. 

Kalau tak ada hasil kerja pun tak apa. Korang boleh baca hasil kerja orang lain. 

Banyak novel dan cerpen orang lain yang korang boleh baca. 

Novel-novel dan cerita pendek yang ada di website Portal Ilham majoriti memang menarik untuk dibaca.

hantar manuskrip novel

Saya tau ada antara korang memang hebat menulis novel atau cerpen. 

Serius saya cakap, kalau korang ada bakat menulis ni, jangan pendam sorang-sorang. Rugi. 

Cuba korang bagi orang lain baca dan tanya apa yang perlu korang perbaiki. 

Lama-kelamaan, korang mesti makin mahir dan boleh tulis dengan lebih bagus lagi. 

Saya pun teringin juga nak tulis novel atau cerpen dan terbitkan buku sendiri. 

Tapi, saya tak berapa mahir untuk tulis fiksyen. Saya lebih selesa jadi ghostwriter untuk artikel website, blog dan content untuk media sosial.

Cara Buat Duit Dengan Tulis Novel

Bila dah mula menulis dengan bagus, hasil yang korang tulis, korang boleh jual novel korang. 

Misal kata ada syarikat penerbitan yang berminat nak terbitkan novel yang korang dah hantar dekat website Portal Ilham, korang akan dibayar secara royalti.

Ini terma dan syarat yang saya dapat dari Portal Ilham sendiri.

BAYARAN
Tiada sebarang bayaran diberikan bagi setiap karya yang dimuat naik dalam PORTAL ILHAM.

Bayaran / Royalti akan diberikan bagi karya yang diterbitkan dalam bentuk cetakan/digital mengikut pada perjanjian yang ditandatangani bersama rumah penerbitan yang berminat untuk menerbitkan karya anda.


Ada antara kawan-kawan saya yang sekarang dah jadi penulis untuk skrip drama TV dan filem, jadi penulis novel yang mana novelnya sudah pun diadaptasi menjadi drama di TV. 

buat duit tulis novel

Semua itu mendatangkan keuntungan yang tinggi kepada diaorang. Untung betul kalau korang berbakat untuk menulis. 

Bermula dari hobi, korang boleh menjana pendapatan yang tinggi. Siapa kata kita tak boleh buat duit dengan menulis?

Kalau masih segan-segan nak mula jual hasil karya yang korang ada sekarang ni, boleh mula dengan hantar ke Ilham Portal. 

Barulah rasa macam berbaloi sikit. Kalau terperam saja, tak mendatangkan apa-apa hasil pun. 

Dekat website Ilham Portal itu nanti korang boleh buat networking dengan penulis-penulis yang lain.

Dalam pada masa yang sama korang boleh belajar antara satu sama lain dalam meningkatkan kualiti penulisan korang.  

Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh pergi ke laman web Ilham Portal.

Boleh daftar untuk hantar hasil kerja korang dekat Sertai Ilham. 

Laman Web Untuk Hantar Manuskrip Novel

Selain daripada Ilham Portal milik Karangkraf, ada banyak lagi syarikat penerbitan atau laman web yang korang boleh approach untuk hantar manuskrip novel. Antaranya:
  • Lejen
  • Alaf21
  • Karya Seni 
  • Fixi
  • ITBM
  • PTS
  • MustRead
  • Dewan Bahasa Dan Pustaka
  • Telaga Biru
  • Galeri Ilmu
  • Buku Pojok

Dah banyak platform untuk kita hantar manuskrip novel. Tinggal nak tak nak saja. 

Kalau korang rasa tak yakin lagi dengan ilmu menulis korang, risau kena reject dek penerbit, korang boleh baca ebook Sukses Writer dulu.

Sukses Writer - Panduan Buat Duit Dengan Menulis

Bagi saya, untuk buat duit dengan menulis, kita kena ada dua benda.

1. Kena ada minat. 
2. Kena tahu teknik menulis yang betul.
3. Kena tahu teknik untuk approach syarikat penerbit.

Kalau minat saja tapi teknik tak betul, tak akan jadi juga. Untuk dapatkan teknik yang betul, kita kena belajar. 

Saya sendiri pun, walaupun dah mula buat duit dengan menulis, saya tetap belajar cara nak menulis dengan betul.

Kalau korang pun nak belajar pasal teknik-teknik menulis dengan betul, korang baca panduan menulis buku Sukses Writer. 

Dalam ebook Sukses Writer, penulisnya Tuan Hamid Addin bagi 5 strategi rahsia untuk  hantar proposal dan manuskrip buku kepada pihak penerbit. 

Sebelum dia guna strategi tersebut, satu manuksrip pun tak pernah diterima penerbit. Sampai frust dia. 

Sampailah ada satu waktu itu, Tuan Hamid tukar strategi. 

5 strategi rahsia itu yang buat setiap proposal dan manuksrip Tuan Hamid hantar, diterima oleh penerbit. 

Dalam ebook Sukses Writer, Tuan Hamid siap bagi sekali contoh kertas proposal yang digunakan untuk hantar cadangan kepada pihak penerbit tentang buku yang dia nak tulis. 

Serius tak menyesal kalau baca. Dah sedia nak hantar manuskrip novel korang?



Post a Comment

0 Comments